First Gathering : White Water Rafting

July 31, 2013

Cemerlang gile rekod. Lebih 2 bulan tak update. Tepuk tangan.

Berbelog ni ikut season sebenarnya. Ada masa rajin, ada masa malas. Tapi aku mengaku yang aku lebih banyak malas dari rajin. Penyakit malas ni datang lepas balik dari Hanoi. Masa trip kemain berkobar-kobar, tapi bila balik habis semua terjun masuk gaung. Alhamdulillah, nasib baik aku sempat selesaikan projek white water rafting dengan blog readers. Asal nak buat mini gathering dalam 15 orang, sekali jadi 42 orang. Big crowd, seronok.

Ini adalah kali pertama aku handle event camni. Semua buat sorang diri dari A sampai Z, but still good experience sebab dari situ aku dapat belajar selok-belok event management. Terima kasih untuk kengkawan yang membantu especially Fiza sebab tolong carikan replacement supplier nasi lemak yang kansel last minit dan kengkawan yang secara langsung dan tak langsung membantu aku sepanjang program ini berjalan.

Majoriti yang terlibat dalam program ni adalah first timer termasuklah aku. Walaupun kecut perut tapi perasaan teruja melebihi segala-galanya. To be honest, mula-mula aku takut tercampak dalam sungai tapi lepas sekali tercampak, rasa nak lagi. Hahaha. Sumpah best. Dan yang paling penting semua orang sporting dan boleh gelak-gelak walaupun terpelanting dari raft.

#1 - pertama kali bersua muka. nebes? excited. semua ada

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat iaitu Fiza, Mas Ayu, Ali & Sheema, Aizah, Jamilah, Najmi & the geng (Nina, Nurel, Ain dan Nad), Fid Abdullah, Dzurainee & Norulhuda, Fazilah, geng JB (Saraaz, Halimah & Aquila), Nashua & Ain, Didieana & Nurul Ain Sedik, team lanun (Ceem, Adam, Layna, Ayie, Hajar & Apit), Aimi Nasir, Ainul, Fatiha & Nabilah Malique, Fird Abrar & Sypul Adha, Hafiz & Izuan, Hasimi, Norzalikha & Fithri, Murni dan Dyl. Terima kasih sebab turun padang dan sudi join program ni. 

Tapi paling istimewa sekali kat kengkawan yang stay sampai ke hujung untuk program kelip-kelip Kg Kuantan dan seafood di Jeram, Kuala Selangor. Best dapat lepak dari pagi sampai ke malam dengan korang. Next time kita buat TT session ek! 

#2 - token first gathering
#3 - rombongan angkatan meminang
#4 - khusyuk melantak
#5 - demo oleh Kapten Bhai
#6 - angkatan bujang trang-tang-tang. yeke?
#7 - Najmi, pekabo mung lama tak dengo berita? jom lepak pas raya
#8 - Nashua, Ainul & Ain Al-Fais
#9 - BFF : Ain Sedik & Didieana Mohmd
#10 - Fid Abdullah, Sheema & Norulhuda
#11 - Norulhuda, Dzurainee & Alifah
#12 - Dyl Fadilah & Fazilah
#13 - Sisters : Fatiha & Nabilah Malique
#14 - Fithri, Norzalikha & Murni
#15 - Team JB : Saraaz, Aquila & Halimah
#16 - Makwe Team Lanun : Lanang, Hajar & Layna
#17 - Datin Seri & Puteh Hannibal
#18 - Fird Abrar, Sypul Adha & Adam
#19 - Team Lanun
#20 - pilih-pilih! jangan malu, jangan segan!
#21 - Aimi & Ainul
#22 - kalau berkenan mana-mana dalam ni bleh roger aku kontek number dorang. kahkahkah
#23 - close-up skit. amacam?
#24 - ada yang terpelanting ke?
#25 - sakit bontot ke bang?
#26 - steady!
#27 - demo teknik kayuhan oleh Kapten Bhai
#28 - demo over right
#29 - lagi demo
#30 - khusyuk letewww
#31 - lagi muka khusyuk
#32 - bola boling
#33 - Dzurainee, Layna, Lanang & Sypul
#34 - Fithri & Norzalikha
#35 - Adam. Dengar citer lu dah mesin habis dah rambut lu. Yeke?
#36 - ape yang ko terpegun sangat tu Mie?
#37 - raft Saraaz, Halimah, Aquila, Didie & Ain
#38 - raft Nash, Ain, Aimi, Ainul & Dyl
#39 - raft Fird, Sypul, Hasimi, Hafiz & Izuan
#40 - raft Ayu, Alifah, Sheema, Fid Abdullah, Dzurainee & Norulhuda
#41 - raft Team Lanun : Lanang, Layna, Adam, Apit, Ayie & Hajar 
#42 - raft Fiza, Aizah, Jamilah, Fazilah dan Wong Ah Fatt
#43 - cuak gile Ayu. Hahahahahahahahaha pengsan!
#44 - peace yo! (walhal dalam hati dupdap dupdap debor)
#45 - wohoo!!!
#46 - kahkahkah...amekawww reverse!
#47 - raft otai Najmi, Nina, Puteh, Datin Seri & Nad
#48 - jeram kotak
#49 - nice landing!
#50 - suicide!
Insya Allah ada rezeki dan kelapangan kita buat lagi. Ada banyak port rafting kat Malaysia so bolehlah kalau nak try semua. Selain agenda utama iaitu water rafting, apa yang paling penting bagi aku ialah dapat berkenalan dengan korang semua. Untuk aku mengekspose diri yang selama ni bertanda soal di muka bukanlah perkara yang mudah sebenarnya. Tapi, walau macam mana pun aku masih nak kekalkan identiti ni di blog dan alam maya. Pendek kata aku lebih selesa jadi low profile. 

Anyway lepas ni ke mana kita?
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP