Sugoi Japan : Takeshita Dori, Harajuku

April 14, 2013

Sambungan dari entry sebelumnya.


Hari Kedua : 11 November 2012

Aku meneruskan langkah ke destinasi seterusnya iaitu Harajuku. Walaupun terletak dalam parameter yang sama tapi suasana di sini sangat berbeza. Kalau di Meiji Shrine aku dapat tengok orang ramai berpakaian tradisional Jepun tapi di Harajuku aku boleh tengok orang berpakaian cosplay mengikut watak anime kegemaran masing-masing.

Harajuku memang cukup terkenal dan sinonim di kalangan peminat-peminat cosplay di Jepun. Di sinilah playground mereka untuk berkumpul terutamanya pada hujung minggu. Pengaruh cosplay bukan saja menular di kalangan remaja Jepun tapi juga di kalangan gaijin (foreigner) terutamanya Westener yang tinggal di Tokyo.

#1 - missed!

Kalau ke Harajuku jangan lupa singgah di Takeshita Dori sebab di sini ada banyak kedai-kedai yang menarik. Ada Daiso setinggi 4 tingkat (tak silap aku, dah lost count), butik cosplay, cafe dan kiosk crepes. Kebanyakan fesyen di sini semuanya up-to-date tapi oleh kerana aku bukanlah jenis yang suka membeli apatah lagi berfesyen, jadi semua strategi marketing di sini tak meninggalkan sebarang kesan kepada aku. Muahaha.

#2 -Takeshita Dori
#3 - human parade
#4 - wow, alien!

Cuma sekali. Itupun sebab terliur bila tengok display crepes dalam cermin. Walaupun display tu plastik semata-mata tapi nampak real gila-gila. Terer betul dorang buat display sampai meleleh-leleh air liur aku. Bila cek harga rasa nak mengamuk. Perut aku mula berkeruk-keruk nak makan crepes. Saiko gila. Walhal kat Malaysia ko tak pernah pun mintak aku beli crepes. Mengada.

Cream cheese vs whipping cream. Mestilah aku pilih cream cheese sebab itu je pilihan yang paling mewah dalam kategori murah. Hahaha. Nah, terbang RM15.20!!! Gila.

#5 - banyak kedai crepes
#6 - orang jepun memang pandai buat display. so real, so lazattt!

Seingat aku itulah satu-satunya benda yang aku beli di Takeshita Dori. Walaupun buktinya dah lama masuk dalam lubang jamban tapi aku masih ingat sebab terpaksa bayar mahal. Selain crepes, Takeshita Dori ni best sebab boleh cuci-cuci mata tengok gelagat orang. Since aku tengah bajet, jadinya kerja aku cumalah keluar-masuk kedai. Walaupun tak beli apa-apa tapi aku suka sebab....ermm....ermm....

Mulanya aku tak perasan sangat benda ni, tapi lepas keluar dari kedai barulah aku perasan sesuatu yang ganjil. Jadi untuk memastikan yang telinga aku belum lagi pekak, aku pun masuk ke kedai yang sama untuk kali kedua. Lepas tu aku test ke kedai lain, pun sama. Dan seterusnya sampai 3-5 kedai. Yang pastinya setiap kali lalu kat pintu kedai mesti aku tersengih-sengih. Haha. Jangan tuduh aku gila sebab sengaja keluar-masuk kedai tak beli apa-apa.

Sebenarnya aku sengaja buat camtu sebab nak dengar suara penyambut tetamu yang halus macam kartun anime. Setiap kali orang keluar-masuk kedai, penyambut tetamu (pompuan) akan cakap "Irashaimase!" dengan nada yang sehabis kartun. Huh, obses gila dorang ni. Ah memang gila!!! Aku kagum gila sebab dorang berkebolehan untuk buat suara halus gila macam tu.

Kalau dapat peluang ke Tokyo, pastikan singgah di Takeshita Dori dan mencubanya sendiri. Tapi pastikan taik telinga habis dikorek, kalau tak sia-sia. Selain Takeshita Dori, boleh jumpa scene yang sama di Maid Cafe sekitar Akihabara.

Banyaknya aku guna perkataan gila. Huh!


bersambung....

ps : tuan tanah tengah banyak vitamin M, harap bersabar
.

Read more...

  © Copyright Since 2010 | Backpacker Busuk

Back to TOP